Sabtu, 30 Mei 2009

Pelayan Eksperimental

Dengan adanya komputer-komputer lama yang masih berfungsi dengan baik, ianya telah banyak membantu saya dalam menjalankan eksperimen pada aplikasi dan sistem operasi sumber terbuka sebelum ianya dipasang atau dibangunkan pada pelayan dan persekitaran sebenar. ekperimen atau kaji selidik dan keberkesanan pada sesuatu sistem operasi mahupun aplikasi adalah faktor utama bagi memastikan persekitaran jaringan sentiasa baik tanpa gangguan trafik pada talian mahupun kegagalan pelayan berfungsi dengan baik.


Bagi membangunkan aplikasi asterisk (VOIP), saya telah menggunakan box dengan kapasiti pekakasnya amat minima dimana kelajuan processor hanya Celeron 1.8MHZ dan memori SDRAM 512. Bagi menjalankan tahap uji pada IPCOP saya telah menggunakan box dengan processor nya berkelajuan AMD Athloan 1.8mhz dan memori serendah 256mb dari jenis DDR1 Bagi pelayan NAGIOS dan LDAP saya menggunakan box yang berkapasiti Intel Celeron 1.8mhz dan memeri DDR1 256mb dengan menggunakan sistem operasi Fedore Core 6.


Jadi sekiranya anda masih memiliki komputer/box yang ingin dihapuskan, sila hubungi saya. saya masih perlukan box bagi menjalankan beberapa eksperimental pada beberapa aplikasi yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan