Jumaat, 29 Mei 2009

IPCOP 1.4.21

Setelah puas mencuba beberapa aplikasi sumber terbuka bagi firewall yang ada di jaringan. Saya berpendapat IPCOP merupakan salah satu aplikasi firewall yang terbaik pernah saya cuba selain VYATTA dan ENDIAN. Tidak silap saya IPCOP berbasiskan sumber aplikasi SmoothWall yang juga merupakan aplikasi firewall. Cara instalasi juga amat mudah dengan memuat turun file ISO dan pindahkan ke dalam cd atau sekiranya anda mahu berjimat, boleh pindahkan file ISO tersebut kedalam USB thumbdrive anda. Untuk instalasi IPCOP ini saya telah memindahkan fail tersebut ke dalam CD. Langkah-langkah instalasi IPCOP boleh rujuk disini.

Yang membuatkan saya begitu senang dengan IPCOP adalah fitur-fitur addonn yang banyak disediakan. Pelbagai servis disediakan di IPCOP seperti OpenVPN, P2P Block Protocol, QoS dan banyak lagi dengan hanya muat turun fail-fail addon tersebut dari laman rasmi IPCOP


IPCOP juga menyediakan graf bagi koneksi eth1 dan eth0 seperti dibawah. Adanya graf seperti ini ianya dapat membantu saya dalam menambah baik dan memerhati network dipejabat saya.

Untuk membuat blocking pada laman web tertentu, saya telah memasang addonn URLFilter yang mana URLFilter ini dibangunkan dengan menggunakan aplikasi squid dan squidGuard. Ianya juga berfungsi sebagai proksi kepada pelayan saya. URLFilter juga akan merekod log seperti dibawah yang mana telah memudahkan saya untuk mengesan komputer didalam rangkaian anda. Tidak perlu lagi menggunakan arahan "tail -f /", dengan IPCOP dan addon URLFilter semunya telah tersedia.

selamat mencuba! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan