Selasa, 23 Jun 2009

count_chars

Hampir 6 bulan saya meninggalkan PHP tanpa membuat sebarang kemaskini pada sistem DoRMS yang telah saya bangunkan. Disebabkan dengan beberapa projek lain yang terpaksa saya selesaikan maka sistem Documents Record Management System atau lebih mesra dikenali dengan nama DoRMS (terima kasih pada cik Norashikin Mohamad Omar atas cadangan nama yang diberi) agak terabai seketika. Sistem ini telah lama saya bangunkan dan sudah diguna pakai oleh user di pejabat. Sistem ini lebih khusus kepada jabatan document controller bagi menyelaraskan semua surat-menyurat yang masuk dan keluar di pejabat saya. Saya bangunkan sistem ini dengan berasaskan aturcara PHP tanpa mengguna pakai mana-mana framework yang ada di internet.

Bagi memastikan setiap pengguna yang saya cipta disistem menggunakan kata laluan yang berbeza dan syarat lebih dari 6 karekter. Saya telah menulis fungsi kod seperti dibawah:


echo check_password("anuarpalingkacak");

function check_password($password) {

if (count(count_chars($password, 1)) < 6){

return "kurang";
}else{
return "ngam bebeh";
}

Isnin, 8 Jun 2009

IPCOP VPN

Lagi mengenai IPCOP, kali ni saya baru selesai mencuba fitur VPN yang sedia ada pada aplikasi IPCOP. Setelah membaca beberapa tutorial yang ada di jaringan serta beberapa langkah konfigurasi, dua rangkain saya yang berbasiskan 10.80.x.x dan 10.40.x.x berjaya dihubungkan. Terima kasih pada sponsor fitur VPN IPKOP seminolegas.

Bagi membenarkan konfigurasi dilakukan secara remote. Saya telah membenarkan port 445 (https) serta port 222 (ssh) pada firewall. Akses perlu diset pada menu "External Access".

Sebelum melakukan konfigurasi saya telah menamakan dua pelayan IPCOP dengan nama ipcop1.ipcop1 bagi pelayan1 dan ipcop2.ipcop2 pelayan2 dimana pelayan1 berada di Kuala Lumpur dimana pelayan2 berada di Seremban.

10.40.x.x/24 ---> 10.20.1.13 ---> INTERNET <--- 10.20.1.12 --- 10.80.x.x/24

Langkah 1:
Pada pelayan1 (ipcop1.ipcop1) klik pada butang "Generate Root/Host Certificates" dan masukkan ruang kosong seperti dibawah:-
  • Organization name = ipcop1
  • Hostname = ipcop1.ipcop1
  • Tekan butang Generate Root/Host Certificates"
  • Selepas selesai, sila muat turun fail "Root Certificates" dengan menekan ikon "floppy" pada dan simpakan fail tersebut dalam direktori "cert1". Sila ciptakan fail tersebut sebelum memuat turun fail.
  • Klik butang "Download Host Certificates" dan simpankan file tersebut pada direktori yang sama.
sila ulang langkah sama dan masukkan data yang berkenaan pada pelayan2 (ipcop2.ipcop2) dan sila ciptakan direktori "cert2" bagi "certs" pelayan2.

Langkah 2
Pada pelayan1 (ipcop1.ipcop1) anda harus lakukan "Upload CA Certificates" seperti dibawah:-
  • CA Name = ipcop2
  • sila layar dan pilih fail cacert.pem dalam direktori "cert2"
  • Tekan butang "Upload CA Certificate" dan selesasi

Pada pelayan2 (ipcop2.ipcop2):-
  • CA Name = ipcop1
  • sila layar dan pilih fail cacert.pem dalam direktori "cert1"
  • Tekan butang "Upload CA Certificate" dan selesasi

Langkah 3
  • Pada pelayan1, tekan butang ADD pada tengah panel administrasi anda.
  • Name = ipcop2
  • id = @left
  • remote host/ip = ipcop2.ipcop2
  • remote subnet = 10.40.1.0/255.255.255.0
  • Pada seksyen "Authentication" pilih "Upload Certificate" dan sila check kolum tersebut dan pindah turun fail hostcert dari direktori "cer2"
  • Tekan butang "Save" dan selesai sila ulang langkah 3 yang sama bagi pelayan2 dan selesai.


sekiranya perlu sila restart kedua dua pelayan bagi memastikan kedua2 pelayan dapat menjalan servis vpn dengan baik.