Khamis, 21 Oktober 2010

Lupa root password

Aku rasa ramai org dah tahu mcm mana nak reset root dari grub. Tapi tak salah kalau aku nak share lagi dgn org lain yang masih belum tahu dan buat golongan pelupa (mcm aku).

Bagi siapa yang ada masalah lupa root password dan pelupa mcm aku jangan panik.. utk solve problem anda cuma beberapa steps sahaja sudah boleh selesai. Untuk menukar password root anda dikehendaki boot single user mode. Tapi itu pun kalau grub anda tak diset dgn password (bagus practise set grub password for security purpose).

Langkah-langkah:-

1. Boot sistem dan ketika anda melihat paparan berikut, tekan butang apa saja

2. Pada paparan berikut, tekan e

3. Selepas anda menekan butang [e] anda akan disajikan dengan paparan seperti dibawah.


3. select baris dengan vmlinuz di dalamnya dan tekan [e[. Layar berikutnya akan kelihatan seperti di bawah ini
4. type single seperti dibawah ini dan kemudian tekan enter.

4. GRUB akan boot single user mode Linux. Setelah selesai loading, anda akan disajikan dengan prompt shell seperti berikut:
5. Sekarang anda boleh menukar password root dengan menaip 'passwd root'

Anda akan diminta untuk ulang taip password untuk pengesahan. Apabila anda telah selesai, password akan berubah. Anda kemudiannya boleh reboot dengan menaip reboot pada prompt, kemudian anda boleh log in ke root seperti biasa.

Selasa, 19 Oktober 2010

HTTP time protocol

Hal berlaku disebabkan aku tak dpt nak sync semua time pada server2 yang ada di opis.. cek2 rupanya port 123 tcp/udp close... untuk rujukan yang tidak tahu tu.. port 123 ialah port utk NTP (Network Time Protocol).. mungkin ada sesetengah organisasi yang tak aware sangat issue time syncronization ni.. itu lantak depa laa.. but untuk aku masa adalah emas.. so rumusan dan andaian yang aku buat untuk budak2 network ni yang selalu port 123 NTP ni adalah seperti dibawah:-

- Mereka tidak tahu sedikit pun pasal NTP
- Mereka tidak tahu bagaimana pentingnya NTP
- Atau sebenarnya sudah ada local NTP server yang aku tak pernah tahu selama ni.. dimana aku kena sync dari server tersebut.. ianya sangat masuk akal untuk memiliki sebuah local NTP server.. tapi sepanjang aku kerja dkt malaysia ni... aku tak pernah jumpa company yang ada local NTP server... if banks, telcos, govs & MNC tu logic ada..

Dalam hal apapun, eloklah if korang bertanya kepada network team support jugak... (bertanya tak rugikan.. jika mereka sombong.. mereka yang bodoh..)

Jika diorang tak melayan permintaan kalian, aku cadangkan kalian cuba HTTP TIME PROTOCOL atas firerwall (outbound).. tapi diingatkan ia mungkin tidak setepat tho ntpd. setidak-tidaknya waktu dan tarikh anda tidak laa terlalu berbeza sgt kan?

Anda juga boleh mendapatkan HTP dari repositori.. selamat berjaya