Isnin, 9 Februari 2009

Sun SparcUltra IIi

Khamis lalu saya berjaya mendapatkan box idaman saya, iaitu Sun UltraSparc IIi dari syarikat BGS Solution Sdn Bhd di Jalan Ipoh berhadapan dengan Sungai Mas. Walaupun spesifikasi box itu sangat rendah dengan kelajuan processor sebanyak 440mhz dan memori sebanyak 256mb, namun itu semua tidak menjadi masalah bagi saya, asalkan saya berjaya mendapatkan box sun ini dengan harga yang murah dan berpatutan. Menurut tuan penyamun harga box ini pada waktu mula-mula keluar dahulu mampu mencecah harga seunit kereta kancil.. dan kini banyangkanlah saya hanya mendapatkan dengan harga hanya RM500.
Dengan bantuan tuan penyamun yang meminjamkan saya papan kekunci sun dan installer solaris 10 berserta software companionnya sekali. Maka saya berjaya memasang Solaris 10 release 2006. Berikutan dengan spesifikasi box yang sangat minima, maka box itu hanya mampu menampung untuk setakat solaris release 2006 sahaja.
walaupun buruk tapi ianya tetap tidak uzur dan masih gagah beroperasi secara normal.. :)

## cara-cara konfigurasi di obp (open boot prom)
  1. pada obp tekan butang 'stop' + 'a'
  2. masukkan arahan 'probe-ide' tujuan mengenal pasti hw ide (Harddisk & CDRom)
  3. jika senarai hw anda terpapar pada screen obp maka masukkan arahan 'setenv boot-device cdrom disk'
  4. masukan arahan 'boot cdrom'. obp akan load file dari sistem fail imej dari cd installer kamu dan memulakan proses pemasangan..