Khamis, 29 Januari 2009

Trixbox

Trixbox merupakan salah satu projek opensource VOIP dan virtual PBX yang dibangunkan menggunakan LAAMP (Linux, Apache, Asterisk, MySql & PHP). Ada beberapa aplikasi VOIP yang berbasiskan asterisk, namun saya lebih cenderung kepada Trixbox kerana cara memasang jauh lebih mudah berbanding cara manual. Tribox merupakan package telephony yang lengkap dengan menggunakan antaramuka (GUI) web untuk tujuan administrasi.

Cara memasang:
  1. Muat turun ISO file versi terkini (trixbox-2.6.2.1.iso) dan burn kedalam CD/DVD.
  2. Boot PC anda dengan CD/DVD ISO dan tekan "ENTER" untuk memulakan proses memasang.
  3. Masukkan katalaluan untuk "root" bagi tujuan utk mengakses ke sistem trixbox anda.
  4. Sistem akan secara automatik mengeluarkan CD dan "reboot" selepas selesai proses memasang.

Konfigurasi:
  1. Akses pelayan anda dengan katalaluan "root" pada konsol pelayan trixbox anda.
  2. Dapatkan IP yang di peroleh dari DHCP server anda dengan tujuan utk mengakses ke laman web trixbox pelayan anda. Saya lebih syorkan anda set IP statik utk trixbox anda.
  3. Buka web browser anda dan masukkan alamat IP anda (http://192.*.*.220) yang anda perolehi dari DHCP
  4. Klick pada "Switch to next User Mode" dan masukan kata laluan default:
    Username : maint
    Password : password

1 ulasan:

  1. leh buat tuk umah gak ke menda nih eh.. meh tolong aku setup satu :D

    BalasPadam