Ahad, 25 Januari 2009

Sun xVM Virtualbox

Salah salah satu virtualization system yang amat saya gemari untuk OS Windows adalah virtualbox yang sebelum ini dibangunkan oleh Inotek dan kini telah diambil alih oleh Sun (Sun xVM Virtualbox). Virtualization system ini membolehkan kita membina banyak unit virtual server dalam satu mesin computer pada satu masa.

Biasanya kaedah virtualization ini selalu digunakan oleh pembekal hosting dan syarikat-syarikat besar yang mula sedar akan keberkesanannya keatas penjimatan kos yang lebih efektif. Atau lebih tepat, virtualbox ini adalah amat sesuai bagi golongan seperti saya yang tidak berkemampuan untuk membeli banyak server.

Didalam aplikasi virtualbox ini saya telah run beberapa os seperti Centos 5.0, Openfiler dan akan datang Sun Solaris 10. Tujuan saya run beberapa OS ini adalah untuk memasang dan menguji aplikasi storan SAN dan iSCSI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan