Memaparkan catatan dengan label DoRMS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DoRMS. Papar semua catatan

Rabu, 1 Julai 2009

Generate Random String Password

Bagi memudahkan dorms generate key password sepanjang 6 huruf semasa create user baru. Saya telah menggunakan function dibawah.


function rand_str($length=6, $chars='ABCDEFGHJKLMNPQRSTUVWXYZabcdefghjklmnpqrstuvwxyz23456789')
{
$chars_length = (strlen($chars) - 1);

$string = $chars{rand(0, $chars_length)};

// Generate random string
for ($i = 1; $i < $length; $i = strlen($string)){
$r = $chars{rand(0, $chars_length)};
if ($r != $string{$i - 1}) $string .= $r;
}
return $string;
}


Saya tidak memasukkan beberapa abjad seperti huruf "I", "i", "O", "o" dan nombor "1", "0" bagi mengelakkan kekeliruan user semasa membaca nombor yang sudah digenerate nanti

Selasa, 23 Jun 2009

count_chars

Hampir 6 bulan saya meninggalkan PHP tanpa membuat sebarang kemaskini pada sistem DoRMS yang telah saya bangunkan. Disebabkan dengan beberapa projek lain yang terpaksa saya selesaikan maka sistem Documents Record Management System atau lebih mesra dikenali dengan nama DoRMS (terima kasih pada cik Norashikin Mohamad Omar atas cadangan nama yang diberi) agak terabai seketika. Sistem ini telah lama saya bangunkan dan sudah diguna pakai oleh user di pejabat. Sistem ini lebih khusus kepada jabatan document controller bagi menyelaraskan semua surat-menyurat yang masuk dan keluar di pejabat saya. Saya bangunkan sistem ini dengan berasaskan aturcara PHP tanpa mengguna pakai mana-mana framework yang ada di internet.

Bagi memastikan setiap pengguna yang saya cipta disistem menggunakan kata laluan yang berbeza dan syarat lebih dari 6 karekter. Saya telah menulis fungsi kod seperti dibawah:


echo check_password("anuarpalingkacak");

function check_password($password) {

if (count(count_chars($password, 1)) < 6){

return "kurang";
}else{
return "ngam bebeh";
}